Warga Pendidik SMK PEKAN II

Misi & Visi Sekolah


VISI Sekolah
SMK PEKAN KOTA BELUD II AKAN MENJADI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG TAHUN 2015.


Takrifan "Terbilang" –

  • Kurikulum: 5 terbaik peperiksaan awam peringkat negeri Sabah dari segi gred purata sekolah (GPS) dan peratus.
  • Kokurikulum: boleh menghantar penyertaan secara berpasukan hingga peringkat kebangsaan.
  • Sifar salah laku disiplin berat atau perlakuan ala-jenayah.
  • Mendapat anugerah kualiti peringkat tertinggi – anugerah Menteri Pelajaran, Sekolah Cemerlang, Serasi, dan sebagainya.
  • Sekolah kluster atau Sekolah Berprestasi Tinggi.


MISI Sekolah

BERILTIZAM MEMBANGUNKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONI DARI ASPEK JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK, DAN SOSIAL (JERIS) MELALUI SISTEM PENYAMPAIAN YANG BERKESAN DAN BERWIBAWA MENERUSI APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI YANG CEKAP.

MATLAMAT Sekolah
  1. Melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, dan beriman;
  2. Melahirkan pelajar yang unggul dan terbilang dalam aspek prestasi kurikulum dan kokurikulum;
  3. Mewujudkan prasarana dan persekitaran sekolah yang kondusif – bersih, ceria, dan selamat;
  4. Memastikan bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah, cekap, telus, dan mesra pelanggan;
  5. Mewujudkan asrama bertaraf lima bintang dalam aspek pengurusan keceriaan, keselamatan, sahsiah pelajar, dan akademik;
  6. Menjalinkan hubungan yang baik dengan komuniti tanpa sebarang prasangka.
  7.  
PIAGAM PELANGGAN


Bahawasanya kami seluruh kakitangan awam SMKPKBII bertekad dengan penuh kesungguhan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada sesiapa yang berkehendakkan perkhidmatan kami. Justeru, kami akan memastikan sentiasa:
  1. Mengutamakan tanggungjawab mendidik dan membimbing pelajar berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan; 
  2. Bertindak cepat dan bersistematik serta berlaku adil dalam pengurusan dan pentadbiran dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan yang berkehendakkan perkhidmatan sekolah berdasarkan hierarki keutamaan dan kesegeraan;
  3. Mempraktikkan amalan budi bahasa teras budaya kerja setiap masa bekerja;
  4. Berusaha secara bersepadu untuk menjalinkan hubungan yang sentiasa berbaik sangka dengan semua pihak yang berkepentingan dengan sekolah; dan
  5. Mengibadatkan semua perkhidmatan harian yang dilaksana dan disempurnakan.