Warga Pendidik SMK PEKAN II

Sejarah Sekolah



SMK PEKAN KOTA BELUD II adalah sekolah menengah ke-8 di Daerah Kota Belud yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-8.Pembinaan berkonsepkan reka dan bina di atas tapak seluas 33 ekar di kaki bukit yang dinamakan “Kota Maharaja”Terletak di Kampung Pangkalan Abai dengan jarak lebih kurang 5 KM dari pekan Kota Belud.Pembinaan bermula pada awal tahun 2003.Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya setelah tertangguh sehingga bulan Jun 2005.Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menampung keperluan pertambahan enrolmen pendidikan menengah di daerah Kota Belud.Perancangan awal yang dicetus oleh mantan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, En Jame bin Alip menjadikan SMKPKBII sebagai sekolah kawalan di daerah Kota Belud tidak dapat diteruskan.

Penyerahan rasmi sekolah ini kepada PPGKB berlangsung pada 24 Jun 2005. Pihak sekolah diwakili oleh Pn Latifah Hj Mustakim (pengetua pertama) dan En Malijon Malajad (guru penolong – beliau pada ketika itu bertugas sementara di PPGKB). 1 Julai 2005 adalah hari pertama pengurusan dan pentadbiran sekolah apabila seramai sembilan orang guru melapor diri bertugas secara rasmi di sekolah ini. Mereka terdiri daripada :
En Malijon Malajad
En Jeffery Sani
En Abdul Kanan Rasam
Pn Friskilah Ronggitom
Pn Yusana Lawai
Pn Lucia Edin
Pn Dayang Fatimah Hj Majid
Cik Zaimelah Masri
Cik Zubaidah Kassim

Dua orang anggota khidmat sokongan (AKS) turut melapor diri dalam bulan tersebut.  Mereka ialah :
En Mohd Adihan Manjair,Pembantu Makmal (C17)
Pn Norinah Matinding, Pembantu Tadbir (N17).

Merekalah yang bekerja keras membantu pengetua menjalankan tugas pengurusan dan pentadbiran sekolah.